Panduan Konvoi - Patagonian Eagle 250 Malaysia

Go to content
Panduan Berkonvoi Motorsikal
(Dipetik dari fb RAKAN PERMOTORAN MELAKA (RPM) dengan sedikit suntingan)

1. Semua peserta mesti sihat tubuh badan dan bersedia mengikuti sepanjang laluan perjalanan konvoi.
2. Penunggang hendaklah mempunyai lesen memandu yang sah, cukai jalan dan insuran yang belum tamat tempoh.
3. Semua motorsikal peserta mestilah 100% dalam keadaan baik, lengkap tanpa sebarang pengubahsuaian yang melanggar akta dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.
4. Semua peserta diminta mengisi petrol memenuhi tangki sebelum memulakan konvoi.
5. Taklimat keselamatan, laluan konvoi serta agenda konvoi perlu diterangkan dan disampaikan dengan jelas kepada semua peserta sebelum memulakan konvoi.
6. Maklumat lengkap, pelan laluan, tempat berhenti rehat serta tanda amaran boleh diterangkan oleh Ketua Penyelaras Konvoi samada melalui lisan ataupun bertulis.
7. Jarak di antara sesebuah kenderaan dihadapan semasa berkonvoi hendaklah anggaran 2 buah motorsikal bagi mengelakkan kecelakaan sekiranya berlaku pemberhentian mengejut.
8. Kelajuan di jalan biasa semasa berkonvoi adalah diantara 70~90km/j, lebuhraya 90~100km/j dan bergantung kepada keadaan lalulintas.
9. Berikan tumpuan penuh kepada kenderaan di hadapan dan tabiat memotong semasa berkonvoi tidak digalakkan.
10.Susunan kenderaan semasa berkonvoi perlu ditetapkan sepanjang konvoi dijalankan.
11. Peserta diwajibkan membuka lampu hadapan kenderaan sepanjang berkonvoi dan penggunaan lampu kelipan isyarat (double signal) amat tidak digalakkan.
12. Berhenti dengan cara selamat di bahu jalan tanpa menggangu peserta di belakang sekiranya berlaku kerosakkan kenderaan tanpa jangka.
13. Peserta perlu menepati masa, aturcara dan mengikuti laluan yang diberikan oleh pihak penyelaras.
14. Ketua penyelaras perlu memastikan laluan konvoi, lokasi tempat berhenti, lokasi tempat mengisi minyak sepanjang laluan konvoi, jarak perjalanan, tempoh masa serta agenda lengkap sebelum memulakan konvoi.
15. Penyelidikan, kajian laluan, suasana jalaraya, keadaan lalulintas perlu diteliti oleh Ketua Penyelaras selewat-lewatnya sebulan sebelum memulakan sebarang konvoi.
16. Ketua penyelaras perlu menghantar permohonan Permit Perarakan selewat-lewatnya sebulan sebelum bermulanya konvoi kepada Ketua-Ketua Polis Daerah yang terlibat bagi makluman dan satu salinan kepada Ketua Polis Negeri yang terbabit.
17. Bendera, risalah, pelekat mahupun kain rentang yang berbau politik, penghinaan sesuatu kaum mahupun agama adalah dilarang dibawa semasa berkonvoi.
18. Pihak penyelaras tidak akan bertanggungjawab terhadap semua bentuk saman atau penalti yang dikenakan oleh pihak berkuasa sekiranya peserta melanggar peraturan jalanraya yang telah ditetapkan.
19. Berlumba secara haram, memotong tanpa sebarang tujuan dan memandu dalam keadaan merbahaya semasa berkonvoi adalah dilarang sama sekali.
20. Ketua penyelaras adalah bertanggungjawab terhadap semua perkara berkaitan keselamatan, disiplin serta tingkahlaku peserta sepanjang berkonvoi.
21. Peserta perlu menandatangani borang akujanji di dalam penyertaan konvoi bagi mengelakkan sebarang tuntutan mahkamah kepada pihak penyelaras sekiranya berlaku sebarang kemalangan mahupun kematian.
22. Keselamatan adalah perkara utama yang perlu dititikberatkan oleh Ketua Penyelaras konvoi.
23. Ketua Penyelaras berhak membatalkan penyertaan peserta yang gagal mematuhi peraturan yang sedia ada mahupun setelah diberitahu.

PERATURAN DAN ETIKA BERKONVOI

Konvoi bermotorsikal dibahagikan kepada empat bahagian:
1- Motorsikal Lead
2- Marshall
3- Sweeper
4- Motorsikal Peserta

Lead
1. Lead haruslah menentukan had kelajuan sesebuah konvoi  dan harus sentiasa beringat tentang jarak dan bahawa ada kenderaan jauh di bahagian belakang sesebuah konvoi.
2. Kerap memerhati melalui cermin sisi memastikan bahawa semasa konvoi motorsikal tidak jarak terlalu jauh.
3. Jika menempuh terlalu banyak lampu isyarat, Ia patut berhenti di sesuatu tempat yang selamat dan tidak menggangu lalu lintas sementara menunggu untuk mengumpulkan konvoi semula.
4. Sentiasa memberikan isyarat jika menukar arah.
5. Memberitahu konvoi di mana akan berlepas dan berhenti atau konvoi disediakan dengan peta.

Sweeper
1. Sentiasa berhubung pandang dengan Lead (Jika Perlu).
2. Jika Lead memberikan isyarat memotong kepada kenderaan lain, biarkan kenderaan yg tidak dalam konvoi untuk memotong dalam keadaan selamat di samping tidak menganggu konvoi.
3. Hubungi Lead jika kenderaan di belakang ingin bergerak laju dalam sesuatu keadaan kecemasan.

Marshall
1. Berada di tengah-tengah semasa konvoi.
2. Akan keluar dari konvoi (atau boleh berada di mana-mana untuk memastikan konvoi dalam satu kumpulan.
3. Membantu konvoi berjalan lancar di suatu persimpangan.
4. Memastikan konvoi tersusun.

Motorsikal Peserta
1. Tidak dibenarkan memotong kecuali jika ada kecemasan.
2. Memerhatikan Lead jika ingin memotong (gunakan isyarat)
3. Menjarakkan kenderaan sendiri dengan kenderaan di depan dalam keadaan selamat dan selesa
4. Tidak membiarkan motorsikal di hadapan terkeluar dari susunan.
5. Flash kan lampu jika ada kecemasan.

HAL-HAL LAIN

1) Perkara Am
Sebelum berkonvoi, buat pemeriksaan ke atas motorsikal anda seperti memastikan semua minyak cukup, tekanan angin tayar, rantai dan lain-lain dalam keadaan baik.  Hadir ke tempat permulaan konvoi dan sentiasa dengar penerangan yang diberikan tentang perjalanan dan destinasi konvoi tersebut. Sentiasa bersedia untuk berlepas dengan minyak yang cukup di dalam tangki motorsikal anda. Jika anda ingin mengubah haluan ke tempat lain atau ingin mengakhiri konvoi, maklumkan kepada Lead, Marshall atau petugas yang lain.  Ini supaya tidak mengelirukan peserta yang lain yag mungkin menyebabkan mereka akan mengikuti peserta yang tidak menyertai konvoi dalam sesuatu keadaan.

2) Menyalakan lampu
Sentiasa nyalakan lampu motorsikal anda.  Ini akan memberitahu kepada pengguna yang lain apa yang terjadi dan juga  peserta lain dapat mengenali anda dengan menyalakan lampu serta tahu bahawa anda dalam konvoi yang sama. Ini memudahkan jika salah seorang peserta konvoi dalam kecemasan terutama apabila ada penunggang yang  memberhentikan/memperlahankan motorsikal secara tiba-tiba.  Dengan yang demikian,  anda dapat melihat dan mengesahkan itu adalah salah seorang peserta konvoi dengan menggunakan cermin sisi.

3) Jangan mengekori di belakang motorsikal terlalu dekat
Jangan mengikut motorsikal di hadapan terlalu dekat dan dengan kelajuan yang tinggi. Ini amatlah merbahaya. Sentiasa pastikan anda di jarak yang selesa dan selamat.

4) Membenarkan kenderaan lain mencelah
Lazimnya , peserta  konvoi tidak membenarkan kenderaan mencelah atau memasuki susunan konvoi.  Walau bagaimana pun, konvoi sebenarnya membenarkan kenderaan lain keluar masuk dari susunan konvoi.  Kebiasaannya kenderaan bukan peserta suka mengugut, menakut-nakutkan peserta di dalam konvoi (provokasi) atau inginkan keistimewaan mungkin kerana pandangan pemandu yang tidak jelas dan inginkan jalan yang tiada gangguan.  Peserta konvoi haruslah mempunyai sikap sabar dan timbang rasa untuk membiarkan mereka memotong, melepasi konvoi dalam suatu keadaan yang sukar. Seharusnya dengan begitu konvoi akan lebih teratur dan tidak mendatang kan emosi sekaligus dapat mengelakkan kejadian yang tak diingini.

5) Lead sentiasa bertanggungjawab memastikan kelajuan.
Ia adalah amat sukar tetapi amat mudah untuk membiarkan peserta memecut kelajuan dengan sesuka hati. Ini kerana di dalam konvoi ada berbagai sikap penunggang dan juga kemampuan motorsikal peserta. Tidak dinafikan akan adanya peserta yang berkata konvoi terlalu laju atau terlalu perlahan. Cuba pastikan motorsikal anda masih di dalam susunan konvoi tanpa mengganggu lalulintas yang lain. Ini dapat mengurangkan atau tidak ada potong memotong antara satu sama lain semasa berkonvoi. Ini adalah  bertanggungjawab peserta sendiri dalam memastikan motorsikal di belakang, di hadapan dan di sisi berada dalam susunan.  Jika motorsikal di belakang perlahan. pastikan peserta tidak meninggalkan motorsikalnya terlalu jauh (perlahankan juga motorsikal anda).  Dengan yang demikian, konvoi tidak akan terputus.  Jangan memecut laju dan meninggalkan susunan konvoi untuk keselesaan memecut atau cuba mengikuti atau mencabar kenderaan lain yang cuba mengganggu konvoi.  Adalah lebih baik membiarkan kenderaan itu berlalu dan anda kembali kepada susunan konvoi.

6) Jika berlaku kecemasan atau masalah.
Jika ada berlaku masalah atau kecemasan, tiada sesiapa peserta konvoi berhenti melainkan motorsikal SWEEPER sahaja. Sweeper akan memastikan keadaan terkawal dan konvoi haruslah meneruskan perjalanan sehingga suatu tempat yang dibenarkan berhenti dan selamat.  Jika ada peserta yang berhenti juga untuk memberikan pertolongan (atas sikap ingin menolong), memungkinkan untuk mengundang kemalangan terutama di jalan yang sibuk.

7) Tenang
Kadangkala tidak semua seperti yang dirancangkan akan sukses.  Kebiasaannya peserta  konvoi mengharapkan atau menjangkakan sesuatu yang baik dan menggembirakan untuk setiap agenda yang dirancang apabila sampai ke destinasi.  Adalah amat penting untuk peserta dalam keadaan sabar, tenang, selesa dan sedia menghadapi kemungkinan seperti perjalanan menjadi lambat kerana kesesakan lalulintas dan tergelincir dari jadual sebenar.

8) Memotong
Memotong adalah dibenarkan pada keadaan yang selamat dan tidak melanggar undang-undang jalanraya. Jangan memotong pada garisan berkembar atau tidak pasti keadaan jalan dari arah bertentangan.  Dalam sesuatu konvoi, jika peserta atau kenderaan bukan peserta ingin memotong, biarkan ia memotong dan anda jangan terlalu rapat dengan motorsikal hadapan dan menyebabkan kenderaan yang memotong anda dalam keadaan yang bahaya

Tambahan
Borang akujanji hendaklah juga mengandungi maklumat peserta, maklumat kecemasan untuk dihubungi serta maklumat insuran/takaful.
Dikemaskini 5 Januari 2020 0930h
Projek ini dibangunkan oleh eShi2u.com
Back to content